Tuesday 4 October 2011

Walkathon Ceria 2011

Alhamdulillah kita berjaya menjayakan satu program untuk menambah tabungan PIBG sekolah kita.  Program pengumpulan kewangan berjaya di jalankan dan kita memperolehi sumbangan melebihi RM35 ribu - terima kasih kepada penderma-penderma.

Wang itu akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan sekolah seperti tandas, penajaaan hari kecemerlangan pelajar, dan sebagainya.

Satu acara walkathon ceria diadakan di sekitar kawasan penempatan Apartmen Dahlia.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan program hari tersebut.

Dr Izhar












Sukan Tahunan 2011

Kita berjaya menjayakan Sukan Tahunan 2011.  Walau pun jarang dilakukan pada penghujung tahun, tapi kita akur dengan arahan KPM.  Namun begitu, Sukan Tahun ini amat meriah.  Kreativiti guru dan pelajar rumah-rumah sukan berjaya mempamerkan pelbagai persembahan di awal pagi hari sukan.

Pelbagai acara tradisi larian pelajar berjaya diadakan.  Akhir acara, Rumah Panglima bewarna OREN merangkul hampir setiap kejuaraan acara serta JUARA KESELURUHAN.  Tahniah kepada mereka.  Pelajar dan guru rumah yang lain harus berusaha lebih gigih untuk menjadi juara tahun depan.

Dr Izhar










Terima Kasih GPK HEM - Berpindah Sekolah

Tahniah dan Terima Kasih kepada GPK HEM Pn Hamidah yang telah dinaikkan pangkat ke GPK Akademik.  Beliau telah berkhidmat hampir 4 tahun di SKTBR1.  Kini beliau telah memulakan tugas baru di Sekolah Kebangsaan Kerling.

Dr Izhar






Jamuan Hari Guru 2011 - Selamat Hari Guru

Hari Guru 2011 disambut meriah di sekolah SKTBR1.  Jamuan Hari Guru telah diadakan khas untuk guru-guru bersama AJK PIBG sekolah.  Kemesraan antara guru-guru SKTBR1 amatlah teserlah diraut wajah mereka.  Semangat kekeluargaan inilah antara resepi kejayaan sekolah dan secara langsung pelajar-pelajar kita.

Dr Izhar







Angkasawan Negara Mendarat di Sekolah Kita

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar telah datang ke SKTBR1 dan sekali gus bertemu warga sekolah.  Agenda utama pihak Pengurusan Sekolah dan PIBG adalh sebagai pencetus minda 'Boleh' serta motivasi sains kepada pelajar-pelajar sekolah.







Semoga tahun hadapan seorang lagi IKON MALAYSIA hadir ke sekolah kita!

Dr Izhar, YDP

Friday 23 September 2011

UPSR 2011

Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2011 untuk pelajar tahun 6 dah berakhir. Pelajar dah merdeka, guru pula sudah bebas stres.

Pelbagai usaha termasuk kursus motivasi pelajar, teknik menjawab soalan, 7 kali ujian, solat hajat dan bacaan Yassind telah diadakan. Malah di setiap pagi sebelum menduduki peperiksaan diberi taklimat khas. Komitmen pengurusan serta guru tahun 6 melebihi 100 peratus.

Saya mewakili PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. InsyaAllah kita akan berjaya dalam usaha menjadi sekolah terbaik di Hulu Selangor.

Teruskan berdoa untuk kejayaan sehingga keputusan awal November nanti.

Dr Izhar

Saturday 14 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru 2011 kami ucapkan kepada guru-guru SKTBR 1 yang dedikasi dan mesra dalam memajukan pencapaian pelajar-pelajar.

Saya mewakili AJK, ibubapa dan penjaga pelajar mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH di atas sumbangan guru-guru dalam mendidik anak-anak kami.  Kami berharap guru-guru akan meneruskan usaha untuk mendidik anak-anak kami sebaik mungkin.








Selamat Hari Guru 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Dr Izhar

Sunday 24 April 2011

Banner Motivasi - Mohon Penajaan

Pihak PIBG ingin memohon penajaan individu untuk Banner Motivasi Pelajar yang bakal di keluarkan sepanjang tahun ini.  Banner ini bertujuan untuk menyediakan satu suasana pemeblajaran positif dan seterusnya membantu pelajar kita supaya cemerlang.

Cuma RM80 sahaja bersaiz 10 kaki x 4 kaki.  Jika ingin menderma boleh hubungi AJK PIBG.


Dr Izhar
0192417898

Pemakanan Sehat di Malaysia

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

Baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan telah mengarahkan kantin sekolah menjual makanan sehat untuk pelajar-pelajar sekolah.

Satu gari panduan akan di keluarkan memaklumkan jenis dan kekerapan makanan yang boleh dijual di kantin sekolah.  Air berkarbonat tidak lagi dibenarkan dijual kerana kebanyakannya mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Saya secara peribadi berpendapat ini adalah satu langkah yang baik untuk kesihatan pelajar kerana mereka akan pewaris negara kita.  Coba baca artikel ini untuk mendapat gambaran terbaik tentang pemakanan sehat di Malaysia.


Food Pyramid

Apakah dia Piramid Makanan?
Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
  • Paras 1
    • Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Paras 3
    • Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
  • Paras 4
    • Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
  • Paras 1
    • Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
  • Paras 3
    • Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
  • Paras 4
    • Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Apakan dia saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .

Apakah yang membentuk satu sajian?



Jenis Makanan
Satu Sajian
  • Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • E.g. : Rice, bread, cereal, noodles, yam, potato
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar/krim
Sayur-sayuran
  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran
Buah-buahan
  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)
Susu dan Produk Tenusu
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

BMI - Body Mass Index: Anak kita gemuk?

Setiap pelajar akan di kira BMInya.  Ini bertujuan untuk menentukan samada pelajar tersebut memiliki berat yang normal, terkurang atau terlebih berat.

Ukuran BMI ini penting untuk kita memantau berat anak kita samada normal atau pun tidak.


Ini dia FORMULA kira indeks BMI:

BMI =  Berat  / (tinggi  x  tinggi )  

Ukuran berat dalam kg,  tinggi dalam meter.


Sekiranya BMI:

BMI  <   18.5     --   tidak cukup berat  (underweight)
BMI 18.5 hingga 24.9   ---  normal
BMI 25.0 hingga 29.9   ---  terlebih berat (overweight)
BMI > 29.9  ---  gemuk (obesity).

Apa kata kita cuba kira BMI anak kita?

Dr Izhar

Tuesday 12 April 2011

MAKLUMAT KELUARGA

Borang MAKLUMAT KELUARGA bakal diedarkan kepada ibubapa dan penjaga.  Saya mohon kerjasama semua untuk mengisi borang yang ringkas ini.

Tujuan utama adalah untuk membanci bilangan keluarga disamping akan memudahkan pihak PIBG memaklumkan pengumuman penting khususnya menerusi email.

Terima kasih.

Dr Izhar

Wednesday 6 April 2011

Maklumat Sekolah di Dunia Digital












Jom kita sertai dunia digital - maklumat terkini boleh di dapati dengan cepat dan mudah.

Dr Izhar

Tuesday 5 April 2011

Ujian Pertengahan Tahun 2011

Anak-anak kita akan menghadapi Ujian PKSR (petengahan tahun 2011) mulai tarikh 18hb Mei hingga 27hb Mei.Saya memohon ibu-bapa memberi perhatian dan penekanan kepada anak-anak kita supaya bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.  Pihak sekolah dan PIBG sentiasa memantau kemajuan pencapaian kurikulum di setiap tahun.  Saya berharap pencapaian yang baik pelajar-pelajar akan membentuk satu aras yang pencapaian selanjutnya.  Perhatian khusus kepada pelajar tahun 6 dan tahun 5.  Pencapaian UPSR menyumbang 60% kepada pencapaian keseluruhan sekolah.Dr Izhar

Kecemerlangan Pasukan Hoki Sekolah

Sebagai usaha berterusann untuk menyokong kecemerlangan ko-kurikulum pelajar khususnya dalam sukan hoki, PIBG dalam mesyuarat yang pertama telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500 untuk membantu pasukan sekolah di pertandingan peringkat daerah dan negeri Selangor.  Sejak beberapa tahun lalu, pasukan hoki sekolah merupakan juara di Daerah Hulu Selangor.Saya berpendapat SEKOLAH SKTBR1 KITA merupakan sekolah terbaik dalam ko-kurikulum diperingkat Daerah Hulu Selangor.  Banyak kejayaan telah kita kecapi sejak beberapa tahun lalu.Semoga tuan-puan serta guru-guru sentiasa menyokong program ko-kurikulum sekolah.Untuk makluman, pencapaian pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum akan menyumbang 10% dari markah keseluruhan untuk ke Sekolah Bearasrama Penuh KPM.Dr Izhar

Saturday 2 April 2011

Papan Putih Ganti Papan Hitam

PIBG telah meluluskan projek untuk menggantikan 31 buah papan hitam yang menggunakan kapur dengan papan putih.  Penggunaan papn putih adalah lebih baik dari sudut kesihatan pelajar dan guru.  Kewangan untuk projek ini telah diperolehi dari Program Hari Keusahawanan tahun lalu.

Projek ini dalam proses sebutharga dan dijangka siap dalam masa 2 bulan.

Tahniah kerana ANDA semua berjaya menjayakan program ini.  Bersama Kita Boleh Membawa Perubahan Positif!

Dr Izhar

Tuesday 29 March 2011

Sukan Tahunan di Tunda ke Jun

PIBG dimaklumkan oleh pihak pengurusan sekolah bahawa Sukan Tahunan telah pun ditangguhkan ke bulan Jun 2011. 

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengarahkan semua sekolah menangguhkan Sukan Tahunan.

TQ

Dr Izhar

Thursday 24 March 2011

Mesyuarat AJK PIBG 2011/2012 - pertama

Alhamdulillah mesyuarat AJK PIBG telah pun diadakan pada 25/3/2011.

Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan program aktiviti-aktiviti untuk tahun 2011 ini.

6 strategi program telah dicadangkan seperti berikut:
1.  Pelajar Tersayang
2.  Guru Cemerlang
3.  Ibu Bapa Mesra
4.  Warga Bermaklumat
5.  Sekolah Ceria
6.  Tabung Penuh

Perancangan terperinci PIBG akan saya perinci dalam artikel seterusnya.

Bersama-samalah kita majukan anak-anak pelajar SKTBR1.

Dr Izhar

Tuesday 8 March 2011

Warga SKTBR 1 berjaya membudayakan ICT

TAHNIAH dari saya, AJK PIBG serta ibu bapa kerana Pengurusan dan Guru-guru sekolah berjaya menggunakan ICT.

ICT telah digunakan dalam pengajaran dan pembeljaran, pentadbiran serta komunikasi kepada masyarakat.  SKTBR 1khusus Pn Zalinah Zubir (Guru Besar) telah dicalonkan sebagai wakil Daerah Hulu Selangor ke pertandingan di peringkat NEGERI SELANGOR! Kita doakan semoga beliau dan seterusnya SKTBR 1 berjaya menjadi JUARA SELANGOR. Amiiin ...



Cuba lihat sktbrdihatiku.blogspot.com - ceria, bermaklumat, seronok dilayari.

PIBG juga akan memulakan membudayakan ICT seiring dengan usaha sekolah.  Nantikan 1hb April sebagai perlancarannya.  Buat pertama kali, PIBG kita berwajah di alam siber.

Senang saja, layari pibgsktbr1.blogspot.com



Dr Izhar Che Mee