Tuesday 4 October 2011

Walkathon Ceria 2011

Alhamdulillah kita berjaya menjayakan satu program untuk menambah tabungan PIBG sekolah kita.  Program pengumpulan kewangan berjaya di jalankan dan kita memperolehi sumbangan melebihi RM35 ribu - terima kasih kepada penderma-penderma.

Wang itu akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan sekolah seperti tandas, penajaaan hari kecemerlangan pelajar, dan sebagainya.

Satu acara walkathon ceria diadakan di sekitar kawasan penempatan Apartmen Dahlia.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan program hari tersebut.

Dr Izhar












Sukan Tahunan 2011

Kita berjaya menjayakan Sukan Tahunan 2011.  Walau pun jarang dilakukan pada penghujung tahun, tapi kita akur dengan arahan KPM.  Namun begitu, Sukan Tahun ini amat meriah.  Kreativiti guru dan pelajar rumah-rumah sukan berjaya mempamerkan pelbagai persembahan di awal pagi hari sukan.

Pelbagai acara tradisi larian pelajar berjaya diadakan.  Akhir acara, Rumah Panglima bewarna OREN merangkul hampir setiap kejuaraan acara serta JUARA KESELURUHAN.  Tahniah kepada mereka.  Pelajar dan guru rumah yang lain harus berusaha lebih gigih untuk menjadi juara tahun depan.

Dr Izhar










Terima Kasih GPK HEM - Berpindah Sekolah

Tahniah dan Terima Kasih kepada GPK HEM Pn Hamidah yang telah dinaikkan pangkat ke GPK Akademik.  Beliau telah berkhidmat hampir 4 tahun di SKTBR1.  Kini beliau telah memulakan tugas baru di Sekolah Kebangsaan Kerling.

Dr Izhar






Jamuan Hari Guru 2011 - Selamat Hari Guru

Hari Guru 2011 disambut meriah di sekolah SKTBR1.  Jamuan Hari Guru telah diadakan khas untuk guru-guru bersama AJK PIBG sekolah.  Kemesraan antara guru-guru SKTBR1 amatlah teserlah diraut wajah mereka.  Semangat kekeluargaan inilah antara resepi kejayaan sekolah dan secara langsung pelajar-pelajar kita.

Dr Izhar







Angkasawan Negara Mendarat di Sekolah Kita

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar telah datang ke SKTBR1 dan sekali gus bertemu warga sekolah.  Agenda utama pihak Pengurusan Sekolah dan PIBG adalh sebagai pencetus minda 'Boleh' serta motivasi sains kepada pelajar-pelajar sekolah.







Semoga tahun hadapan seorang lagi IKON MALAYSIA hadir ke sekolah kita!

Dr Izhar, YDP

Friday 23 September 2011

UPSR 2011

Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2011 untuk pelajar tahun 6 dah berakhir. Pelajar dah merdeka, guru pula sudah bebas stres.

Pelbagai usaha termasuk kursus motivasi pelajar, teknik menjawab soalan, 7 kali ujian, solat hajat dan bacaan Yassind telah diadakan. Malah di setiap pagi sebelum menduduki peperiksaan diberi taklimat khas. Komitmen pengurusan serta guru tahun 6 melebihi 100 peratus.

Saya mewakili PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. InsyaAllah kita akan berjaya dalam usaha menjadi sekolah terbaik di Hulu Selangor.

Teruskan berdoa untuk kejayaan sehingga keputusan awal November nanti.

Dr Izhar

Saturday 14 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru 2011 kami ucapkan kepada guru-guru SKTBR 1 yang dedikasi dan mesra dalam memajukan pencapaian pelajar-pelajar.

Saya mewakili AJK, ibubapa dan penjaga pelajar mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH di atas sumbangan guru-guru dalam mendidik anak-anak kami.  Kami berharap guru-guru akan meneruskan usaha untuk mendidik anak-anak kami sebaik mungkin.








Selamat Hari Guru 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Dr Izhar