PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan telah mengarahkan kantin sekolah menjual makanan sehat untuk pelajar-pelajar sekolah.
Satu gari panduan akan di keluarkan memaklumkan jenis dan kekerapan makanan yang boleh dijual di kantin sekolah. Air berkarbonat tidak lagi dibenarkan dijual kerana kebanyakannya mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Saya secara peribadi berpendapat ini adalah satu langkah yang baik untuk kesihatan pelajar kerana mereka akan pewaris negara kita. Coba baca artikel ini untuk mendapat gambaran terbaik tentang pemakanan sehat di Malaysia.
Apakah dia Piramid Makanan?
Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
- Paras 1
- Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Paras 3
- Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
- Susu dan produk tenusu
- Paras 4
- Lemak, minyak, gula dan garam
Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
- Paras 1
- Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
- Paras 3
- Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
- Paras 4
- Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)
Apakan dia saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .
Apakah yang membentuk satu sajian?
Jenis Makanan | Satu Sajian |
- Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
- E.g. : Rice, bread, cereal, noodles, yam, potato
| - ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
- 1 keping roti bijirin penuh
- ½ keping capati (saiz kecil)
- 1 biji ubi kentang saiz sederhana
- 3 keping biskut tawar/krim
|
Sayur-sayuran | - ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
- ½ cawan sayuran buah atau ubian
- ½ cawan lain-lain sayuran
|
Buah-buahan | - ½ biji jambu batu saiz sederhana
- 1 potong betik / tembikai / nanas
- 1 biji pisang / oren / pir / epal
- ½ cawan jus buah (tanpa gula)
|
Susu dan Produk Tenusu | - * tenusu rendah lemak lebih digalakkan
|
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang | - 1 ketul peha ayam saiz sederhana
- 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
- 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
- 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
- 1 biji telur saiz sederhana (gred C)
|
Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia