Sunday, 24 April 2011
Banner Motivasi - Mohon Penajaan
Cuma RM80 sahaja bersaiz 10 kaki x 4 kaki. Jika ingin menderma boleh hubungi AJK PIBG.
Dr Izhar
0192417898
Pemakanan Sehat di Malaysia
- Paras 1
- Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Paras 3
- Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
- Susu dan produk tenusu
- Paras 4
- Lemak, minyak, gula dan garam
- Paras 1
- Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
- Paras 3
- Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
- Paras 4
- Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)
Apakan dia saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .
Apakah yang membentuk satu sajian?
Jenis Makanan | Satu Sajian |
|
|
Sayur-sayuran |
|
Buah-buahan |
|
Susu dan Produk Tenusu |
|
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang |
|
BMI - Body Mass Index: Anak kita gemuk?
Ukuran BMI ini penting untuk kita memantau berat anak kita samada normal atau pun tidak.
Ini dia FORMULA kira indeks BMI:
BMI = Berat / (tinggi x tinggi )
Ukuran berat dalam kg, tinggi dalam meter.
Sekiranya BMI:
BMI < 18.5 -- tidak cukup berat (underweight)
BMI 18.5 hingga 24.9 --- normal
BMI 25.0 hingga 29.9 --- terlebih berat (overweight)
BMI > 29.9 --- gemuk (obesity).
Apa kata kita cuba kira BMI anak kita?
Dr Izhar
Tuesday, 12 April 2011
MAKLUMAT KELUARGA
Tujuan utama adalah untuk membanci bilangan keluarga disamping akan memudahkan pihak PIBG memaklumkan pengumuman penting khususnya menerusi email.
Terima kasih.
Dr Izhar
Wednesday, 6 April 2011
Tuesday, 5 April 2011
Ujian Pertengahan Tahun 2011
Anak-anak kita akan menghadapi Ujian PKSR (petengahan tahun 2011) mulai tarikh 18hb Mei hingga 27hb Mei.
Saya memohon ibu-bapa memberi perhatian dan penekanan kepada anak-anak kita supaya bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.
Pihak sekolah dan PIBG sentiasa memantau kemajuan pencapaian kurikulum di setiap tahun.
Saya berharap pencapaian yang baik pelajar-pelajar akan membentuk satu aras yang pencapaian selanjutnya.
Perhatian khusus kepada pelajar tahun 6 dan tahun 5. Pencapaian UPSR menyumbang 60% kepada pencapaian keseluruhan sekolah.
Dr Izhar
Kecemerlangan Pasukan Hoki Sekolah
Sebagai usaha berterusann untuk menyokong kecemerlangan ko-kurikulum pelajar khususnya dalam sukan hoki, PIBG dalam mesyuarat yang pertama telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500 untuk membantu pasukan sekolah di pertandingan peringkat daerah dan negeri Selangor. Sejak beberapa tahun lalu, pasukan hoki sekolah merupakan juara di Daerah Hulu Selangor.
Saya berpendapat SEKOLAH SKTBR1 KITA merupakan sekolah terbaik dalam ko-kurikulum diperingkat Daerah Hulu Selangor. Banyak kejayaan telah kita kecapi sejak beberapa tahun lalu.
Semoga tuan-puan serta guru-guru sentiasa menyokong program ko-kurikulum sekolah.
Untuk makluman, pencapaian pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum akan menyumbang 10% dari markah keseluruhan untuk ke Sekolah Bearasrama Penuh KPM.
Dr Izhar
Saturday, 2 April 2011
Papan Putih Ganti Papan Hitam
Projek ini dalam proses sebutharga dan dijangka siap dalam masa 2 bulan.
Tahniah kerana ANDA semua berjaya menjayakan program ini. Bersama Kita Boleh Membawa Perubahan Positif!
Dr Izhar