Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2011 untuk pelajar tahun 6 dah berakhir. Pelajar dah merdeka, guru pula sudah bebas stres.
Pelbagai usaha termasuk kursus motivasi pelajar, teknik menjawab soalan, 7 kali ujian, solat hajat dan bacaan Yassind telah diadakan. Malah di setiap pagi sebelum menduduki peperiksaan diberi taklimat khas. Komitmen pengurusan serta guru tahun 6 melebihi 100 peratus.
Saya mewakili PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. InsyaAllah kita akan berjaya dalam usaha menjadi sekolah terbaik di Hulu Selangor.
Teruskan berdoa untuk kejayaan sehingga keputusan awal November nanti.
Dr Izhar
Friday, 23 September 2011
Saturday, 14 May 2011
SELAMAT HARI GURU 2011
Selamat Hari Guru 2011 kami ucapkan kepada guru-guru SKTBR 1 yang dedikasi dan mesra dalam memajukan pencapaian pelajar-pelajar.
Saya mewakili AJK, ibubapa dan penjaga pelajar mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH di atas sumbangan guru-guru dalam mendidik anak-anak kami. Kami berharap guru-guru akan meneruskan usaha untuk mendidik anak-anak kami sebaik mungkin.
Selamat Hari Guru 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Dr Izhar
Saya mewakili AJK, ibubapa dan penjaga pelajar mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH di atas sumbangan guru-guru dalam mendidik anak-anak kami. Kami berharap guru-guru akan meneruskan usaha untuk mendidik anak-anak kami sebaik mungkin.
Dr Izhar
Sunday, 24 April 2011
Banner Motivasi - Mohon Penajaan
Pihak PIBG ingin memohon penajaan individu untuk Banner Motivasi Pelajar yang bakal di keluarkan sepanjang tahun ini. Banner ini bertujuan untuk menyediakan satu suasana pemeblajaran positif dan seterusnya membantu pelajar kita supaya cemerlang.
Cuma RM80 sahaja bersaiz 10 kaki x 4 kaki. Jika ingin menderma boleh hubungi AJK PIBG.
Dr Izhar
0192417898
Cuma RM80 sahaja bersaiz 10 kaki x 4 kaki. Jika ingin menderma boleh hubungi AJK PIBG.
Dr Izhar
0192417898
Pemakanan Sehat di Malaysia
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan telah mengarahkan kantin sekolah menjual makanan sehat untuk pelajar-pelajar sekolah.
Satu gari panduan akan di keluarkan memaklumkan jenis dan kekerapan makanan yang boleh dijual di kantin sekolah. Air berkarbonat tidak lagi dibenarkan dijual kerana kebanyakannya mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Saya secara peribadi berpendapat ini adalah satu langkah yang baik untuk kesihatan pelajar kerana mereka akan pewaris negara kita. Coba baca artikel ini untuk mendapat gambaran terbaik tentang pemakanan sehat di Malaysia.
Apakah dia Piramid Makanan?
Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
- Paras 1
- Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Paras 3
- Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
- Susu dan produk tenusu
- Paras 4
- Lemak, minyak, gula dan garam
Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
- Paras 1
- Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
- Paras 3
- Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
- Paras 4
- Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)
Apakan dia saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .
Apakah yang membentuk satu sajian?
| Jenis Makanan | Satu Sajian |
|
|
| Sayur-sayuran |
|
| Buah-buahan |
|
| Susu dan Produk Tenusu |
|
| Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang |
|
Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia
BMI - Body Mass Index: Anak kita gemuk?
Setiap pelajar akan di kira BMInya. Ini bertujuan untuk menentukan samada pelajar tersebut memiliki berat yang normal, terkurang atau terlebih berat.
Ukuran BMI ini penting untuk kita memantau berat anak kita samada normal atau pun tidak.
Ini dia FORMULA kira indeks BMI:
BMI = Berat / (tinggi x tinggi )
Ukuran berat dalam kg, tinggi dalam meter.
Sekiranya BMI:
BMI < 18.5 -- tidak cukup berat (underweight)
BMI 18.5 hingga 24.9 --- normal
BMI 25.0 hingga 29.9 --- terlebih berat (overweight)
BMI > 29.9 --- gemuk (obesity).
Apa kata kita cuba kira BMI anak kita?
Dr Izhar
Ukuran BMI ini penting untuk kita memantau berat anak kita samada normal atau pun tidak.
Ini dia FORMULA kira indeks BMI:
BMI = Berat / (tinggi x tinggi )
Ukuran berat dalam kg, tinggi dalam meter.
Sekiranya BMI:
BMI < 18.5 -- tidak cukup berat (underweight)
BMI 18.5 hingga 24.9 --- normal
BMI 25.0 hingga 29.9 --- terlebih berat (overweight)
BMI > 29.9 --- gemuk (obesity).
Apa kata kita cuba kira BMI anak kita?
Dr Izhar
Tuesday, 12 April 2011
MAKLUMAT KELUARGA
Borang MAKLUMAT KELUARGA bakal diedarkan kepada ibubapa dan penjaga. Saya mohon kerjasama semua untuk mengisi borang yang ringkas ini.
Tujuan utama adalah untuk membanci bilangan keluarga disamping akan memudahkan pihak PIBG memaklumkan pengumuman penting khususnya menerusi email.
Terima kasih.
Dr Izhar
Tujuan utama adalah untuk membanci bilangan keluarga disamping akan memudahkan pihak PIBG memaklumkan pengumuman penting khususnya menerusi email.
Terima kasih.
Dr Izhar
Wednesday, 6 April 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)







