Tuesday, 8 March 2011

Projek Banner Motivasi Pelajar

PIBG merancang untuk menambah 'banner' motivasi di lokasi startegik di sekolah kita. Contoh:



Pihak sekolah telah mengusahakan pelbagai program akademik untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam bidang akademik.  Syabas!

PIBG berpendapat pelajar perlu sentiasa diingatkan serta dimotivasikan.  Oleh itu antara cara yang termudah dan bermenafaat, banner motivasi akan disediakan.  Semoga dengan frasa-frasa motivasi yang sentiasa boleh dilihat dan baca setiap hari, ia akan meningkatkan fokus dan kemahuan pelajar untuk berjaya.

PIBG alu-alukan penaja kepada setiap banner yang berharga sekitar RM100 setiap satu yang bersaiz 10' x 4'.  Projek ini dijadualkan bermula pada bulan April ini.  Nama penyumbang akan dipaparkan pada banner tersebut.

Dr Izhar Che Mee

Monday, 7 March 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bertemu di ALAM MAYA dari AJK PIBG Sesi 2011/2012.

Blog ini bertujuan untuk kita berkomunikasi memperolehi maklumat yang lebih tepat, cepat mengenai sekolah kita.  Mudah-mudahan dengan menjadi warga sekolah yang lebih bermaklumat kita semua akan lebih mesra dan meningkatkan perhubungan kita.

PIBG menggalakkan penglibatan yang aktif dari semua ibubapa, penjaga serta guru-guru dalam sebarang aktivitinya.  Sumbangan idea, tenaga dan kewangan amat bermakna bagi kami untuk menjayakan program untuk kebaikan anak-anak kita semua.

Semoga kita sering berjumpa di alam maya ini ... Dunia Digtial Tanpa Sempadan.

Dr Izhar Che Mee